Ridzuan Kohinin ke Singapura! Dapat Jemputan Bapa Mangsa Budak yang Diselamatkannya

Rizuan bakal datang ke Singapura atas permintaan keluarga budak yg di selamatkannya pada bencana gempa 5.6.2015. Malim Gunung yang mendukung kanak-kanak turun dari Gunung Kinabalu akan ke Singapura atas jemputan keluarga kanak-kanak tersebut. Penghargaan ini juga sebenarnya mewakili semua Malim Gunung Kinabalu Malim gunung.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



“Terima Kasih Malim, Kita Akan Bertemu Tidak Lama Lagi” – Bapa Mangsa

Seorang warga Singapura menghubungi malim gunung, Mohd Rizuan Kauhinin secara peribadi bagi mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan anaknya. Malah bapa kepada seorang kanak-kanak yang tercedera dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Rizuan.

“Saya menerima panggilan beberapa hari lepas daripada bapa kanak-kanak itu,” kata Rizuan, yang gambarnya mendukung kanak-kanak lelaki yang tercedera menjadi viral di laman sosial.
Baddrol
Malim Gunung Mohd Rizuan Kauhinin. SHIN MIN
Semasa dihubungi, Rizuan diberitahu bahawa nama kanak-kanak itu adalah Wafeeq dan dia kini sedang menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialaminya.

Bapa kanak-kanak itu juga memberitahu Rizuan bahawa mereka ingin bertemu dengannya secepat mungkin selepas Wafeeq kembali sihat.

“Saya katakan juga kepadanya bahawa saya juga mempunyai keinginan yang sama”, katanya.
Baddrol
Gambar Rizuan mendukung kanak-kanak warga Singapura menjadi viral di media sosial.
Rizuan bukan sahaja memikul Wafeeq di belakangnya turun dari Gunung Kinabalu, penunjuk arah berusia 25 tahun itu juga sentiasa risau terhadap keselamatan kanak-kanak tersebut walaupun selepas sampai ke pusat operasi mencari dan menyelamat di kaki Gunung Kinabalu.

Selain itu Rizuan berkata dia mahu mendapatkan rehat yang cukup selepas penutupan sementara Taman Kinabalu. Bagaimanapun dia dan rakan-rakannya bimbang mengenai kemungkinan mereka tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh yang panjang.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.