SAR Berjaya Temui Sembilan Lagi Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu

Picture
9 mayat ditemui di Gunung Kinabalu. - Hanya 6 mangsa lagi belum ditemui setakat jam 4 petang tadi dalam operasi mencari dan menyelamat pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi pagi semalam. Ketua Polis Ranau, Deputi Superintendan Farhan Lee Abdullah, berkata seramai 11 mayat mangsa sudah ditemui hari ini dengan dua dibawa turun menerusi laluan darat, manakala sembilan lagi menggunakan helikopter dari Laban Rata.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Gempa Sabah: 9 Lagi Mayat Ditemui Di Gunung Kinabalu

Pasukan penyelamat menemui sembilan lagi mayat di Gunung Kinabalu menjadikan angka kematian terkini akibat gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat kepada 11 orang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Gunung Kinabalu akan ditutup sekurang-kurangnya selama tiga minggu bagi membolehkan operasi pembersihan berikutan kerosakan teruk di laluan pendaki, tempat penginapan dan kemudahan lain.


Beliau yang bercakap pada sidang media bersama dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, polis mempunyai pasukan forensik yang bersedia untuk mengenal pasti mayat-mayat yang dibawa keluar dari kawasan pergunungan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah yang turut sama dalam sidang media berkata, mereka sedang menunggu keadaan cuaca yang baik di kawasan pergunungan bagi membolehkan helikopter mengangkut kesemua mayat.

Mengenai penutupan Gunung Kinabalu, Masidi berkata, ia bagi membolehkan pihak Taman-Taman Sabah meneliti kerosakan dan menentukan pembaikan yang perlu dilakukan.


Sebanyak sebelas orang disahkan terkorban dalam insiden gempa bumi di mana 2-daripadanya telah dikenalpasti sementara 9-mayat lagi sedang dibawah turun sementara menunggu pasukan forensik bagi pengecaman identiti.


Dalam satu sidang media ops Kinabalu sekitar tengahari di Ranau, Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, DSP Masidi Manjun telah mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, semua pihak anggota keselamatan sedang berusaha mencari kesemua yang masih belum ditemui. Tambahnya, kesemua 9-mayat tersebut ditemui di lokasi berbeza.

Beliau turut memaklumkan, hasil perbincangan bersama pihak Taman-taman Sabah, segala aktiviti berkaitan pendakian gunung Kinabalu akan ditutup selama 3-minggu bagi tujuan post-mortem pasca-gempa bumi serta atas tujuan keselamatan.


Sidang media yang turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan secara rasminya mengumumkan insiden malang tersebut sebagai satu bencana akibat perbuatan sumbang sekumpulan warga asing di puncak gunung Kinabalu baru-baru ini.

Beliau turut mengumumkan satu upacara bagi menghormati semangat gunung akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau turut meminta pihak berkaitan untuk senarai hitamkan warga asing yang terlibat dan seandainya mereka masih berada di negeri ini, harus dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau turut memaklumkan, Kementeriannya akan membuat tinjauan dalam insiden tersebut bagi mengenalpasti sebarang kemusnahan.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.