Taman-Taman Sabah umum tutup Pendakian Gunung Kinabalu!

Kickbola.net
Negara digemparkan dengan gempa bumi sekuat 5.6 skala Richter yang berpusat di Ranau pada jam 7.15 pagi, semalam. Selain Ranau, 11 daerah lain seperti Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kunak, Tenom, Papar, Kudat, Keningau dan Beaufort turut dilanda gempa bumi itu.
Gunung Kinabalu Akan Ditutup Untuk Satu Tempoh Lebih Lama

Taman-Taman Sabah akan mengembalikan semua wang pembayaran kepada semua pendaki yang telah membuat tempahan awal untuk mendaki Gunung Kinabalu. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarahnya, Dr. Jamili Nais, ekoran penutupan Gunung Kinabalu kepada semua pendaki selama tiga minggu selepas kejadian gempa bumi bermagnitud 6.0 pada skala richter melanda Ranau, semalam.


Jika melihat tahap kerosakan dan isu keselamatan di sana sekarang, Jamili berkata, pihaknya mungkin terpaksa melanjutkan tempoh penutupan itu bagi memastikan keselamatan semua pihak.


Katanya, ini kerana keadaan laluan sepanjang ke puncak agak berbahaya ketika ini terutama di kawasan Pana Laban rock face, iaitu 6.5 kilometer ke puncak gunung, kerana terdapat banyak runtuhan batu di situ.


Ditanya sama ada keadaan ini mungkin menjejaskan kehadiran pelancong ke Gunung Kinabalu, Jamili menegaskan kebimbangan sekarang adalah mengenai isu keselamatan pelancong dan pendaki.


“Pelancongan sekarang perkara kedua, kita punya perhatian sekarang adalah isu aspek keselamatan semua pihak lebih utama,” ujarnya. Jamili berkata, keadaan yang berlaku adalah sesuatu diluar kawalan dan kali pertama berlaku memandangkan Taman Taman sudah menguruskan pendakian sejak 50 tahun lalu bermula 1965.


“Kalau dapat mendaki pun kalau keselamatan tidak terjamin itu lebih membahayakan,” jelas beliau lagi..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.