“Saya jalan dululah” kata-kata terakhir mendiang Valerian Joannes, 27 kepada bapanya selepas pertemuan antara anggota keluarga mereka pada 30 Mei lepas.
Valerian, seorang kakitangan Mountain Torq, syarikat yang mengurus laluan Via Ferrata di Gunung Kinabalu, antara mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang melanda Ranau pada Jumaat lepas.Felix berkata ketika kejadian, Valerian yang menjadi pemandu pelancong kepada pelajar dan guru dari Tanjong Katong Primary School, Singapura itu sedang mendaki Gunung Kinabalu.
Beliau juga berkata mendiang telah bekerja di Mountain Torq hampir tiga tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini.
Sementara itu, bapanya Joannes Kubang, 55, berkata mendiang anaknya itu akan dibawa pulang ke kampung Bundu Tuhan, Ranau untuk dikebumikan esok. “Memang sedih dengan kehilangannya tetapi kami menerimanya dengan tenang,” katanya. — BERNAMA
Post a Comment