Sungai Kg Mesilau Dua semakin besar & dalam selepas gempa

Kickbola.net
Sungai Mesilau Dua makin besar, dalam selepas gempa | Kelihatan ADUN Kundasang Y.B. Datuk Dr. Joachim Gunsalam Turun padang di lokasi gempa bumi Sg Mësilou dan sekitarnya
Sungai Kg Mesilau Dua semakin besar dan dalam selepas gempa

Hujan lebat yang turun selepas gempa susulan 5.2 magnitud pada 12 Jun menyebabkan bongkah batu besar runtuh ke aliran Mesilau bertukar menjadi sungai tiga tingkat yang tinggi, serta meranapkan rumah dan menyebabkan rumah penduduk kampung di kawasan itu diancam keruntuhan.

Penduduk Kg bernama Jasumiah Jati seorang penanam buah Strawberi terpaksa meninggalkan kediaman dan tanaman kerana kawasan itu disahkan tidak selamat diancam keruntuhan. Tiga keluarga lain yang berada berdekatan kawasan itu juga digesa untuk berpindah.


Petani Kadazandusun, Jasumiah Jati adalah perintis dalam perladangan strawberi di kaki Gunung Kinabalu.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, ibu kepada enam anak berusia 49 tahun ini perlahan-lahan membina perniagaan strawberinya sehinggalah ia kemudian bertukar menjadi perniagaan hasil perladangan tanah tinggi yang berjaya.

Selepas gempa bumi pada 5 Jun, kejayaan yang dibina secara berperingkat itu semakin musnah.

Rumah dan ladangnya hampir runtuh ekoran kejadian tanah runtuh yang mencetuskan kerosakan besar-besaran terhadap struktur tanah.

"Saya rasa semuanya telah musnah. Saya tidak tahu jika saya sendiri boleh membinanya semula. Saya membuat pinjaman dan tanah saya kini telah diisytiharkan berbahaya, " kata Jasumiah yang berlinangan air mata selepas membuat laporan polis dan bercakap dengan pegawai bank mengenai pembayaran balik pinjaman yang menekan dirinya.


Ketika ramai memulakan penanaman strawberi dan gagal, Jasumiah menukar tanaman strawberinya dengan beberapa jenis tanaman dari Jepun dan Korea yang telah membuahkan hasil besar sejak beberapa tahun lalu, menarik ramai pengunjung.

Hujan lebat yang turun selepas gempa susulan 5.2 magnitud pada 12 Jun menyebabkan bongkah batu besar runtuh ke aliran Mesilau bertukar menjadi sungai tiga tingkat yang tinggi, serta meranapkan rumah dan menyebabkan rumah Jasumiah dan tiga yang lain di kawasan itu diancam keruntuhan.


  Tiada Lagi Kemanisan di Ladang Strawberi 

"Saya tahu bahawa kami perlu berpindah kerana rumah dan ladang hanya menunggu masa untuk runtuh. Saya berharap Kerajaan akan memberi tanah alternatif. Mungkin, dengan bantuan anak-anak saya, saya boleh cuba dan membina semula perniagaan, "katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post