Tahniah! Anak Sabah Dinobatkan pelajar perubatan terbaik Universiti Perubatan Moscow, Russia

Kickbola.net
Tahniah buat anak bajau yg berjaya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di pentas dunia! Nama Sabah Harum di persada antarabangsa bila anak Sabah ini menjadi pelajar terbaik dalam bidang perubatan di salah Sebuah University di Russia.

Tahniah! Anak Sabah Dinobatkan pelajar perubatan terbaik di salah Sebuah University di Russia

Tahniah buat Saudari Nur Syafiqah Darman Shah, pelajar terbaik I.M Sechenov First Moscow State Medical University Graduasi 2015.

B
erita tersebut telah disampaikan di ruangan laman sosial rasmi Majlis Amanah Rakyat di Mana Saudari Nur Syafiqah Darman Shah merupakan pelajar tajaan mereka dalam bidang pengajian perubatan First Moscow State Medical University, Rusia.

Bekas pelajar MRSM Kota Kinabalu ini telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik pengajian general medicine bagi sesi graduasi 2015 yang berlangsung pada 28 Jun 2015 di Hotel Radisson Slavajanskaya, Moscow, Russia.

Tahniah anak muda kerana anda mengharumkan nama Sabah dan Malaysia!


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.