17 Mati Dan Lebih 400 Cedera bila Letupan Dashyat di Tianjin China

Kickbola.net
(Gambar & Video) Terkini: Letupan Dashyat di China, Gegaran Dirasai Sehingga 10KM
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



GAMBAR & VIDEO: Kesan Selepas Letupan Di China, Sekurang-Kurangnya 17 Mati Dan Lebih 400 Cedera

TIANJIAN: Penduduk di timur laut Tianjian, China semalam dikejutkan dengan satu letupan yang besar dan dasyat yang berlaku di gudang kontena menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala lebih dari 400 orang cedera.

Tianjan, China - Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di China.

Gambar dan video letupan dikongsi ramai di laman web Weibo dan juga media sosial lain.

Menurut seorang People's Daily China, gegaran terbabit dapat dirasai sehingga 10 KM.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian.


[Kemaskini]

Pihak berkuasa China mengesahkan kejadian berlaku kira-kira 11.30pm waktu tempatan China.

Gambar di tempat kejadian juga turut dimuat naik oleh portal berita www.news.cn









Gegaran kuat kerana letupan berkenaan boleh di rasai sehingga 10 km di mana ia menyebabkan bagunan yang berda berhampiran rosak teruk dan objek seperti kereta yang berada di sekelilingnya hangus terbakar.


Barang mudah terbakar yang dipercayai berada di dalam kontena yang disimpan di dalam gudang di perlabuhan Tianjian telah meletup.

Gambar perlabuhan Tianjian di hari biasa sebelum letupan

Semasa operasi memadam kebakaran yang disebabkan oleh letupan dua anggota bomba pula dilaporkan hilang.

Memetik laporan CCTV, Presiden China, Xi Jinping pada awal pagi menggesa usaha menyelamatkan besar-besar untuk menyelamatkan mereka yang tercedera atau masih berada di kawasan yang berlaku letupan.




Menurut seorang penduduk, Chen Bingzhi, yang tinggal 4 km dari kawasan letupan, bagunan tempat kediamannya turut merasa kesan gegaran apabila tingkap rumahnya pecah.

"Apabila letupan pertama berlakum ia seperti satu gempa bumi yang kuat,  hampir semua bagunan di sekeliling rumah saya cerminnya pecah."

"Saya mendengar orang menjeri-jerit tanpa henti, dan kemudian saya mendenagr letupan kedua saya lari keluar daripada rumah, banyak kereta telah tersadai di tepi jalan dan melalui tingkap saya dapat lihat orang tercedera kerana terkena serpihan kaca pecah dan ada yang terbaring di jalan," katanya.

Satu rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki terkena letupan dan pintu kaca mengenainya ketika hendak keluar dari sebuah premis berhampiran kawasan itu.


Hospital di sekitar bandar ini kini dipenuhi oleh mereka yang tercedera, Beijing News melaporkan,
Pegawai perubatan dari sebuah hospital memberitahu hospital telah sesak kerana semakin ramai datang di mana kebanyakkan mereka mengalami kecederaan kerana terkena serpihan kaca yang pecah.

Bagaimanpun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai punca letupan - Siakapkeli.my
















Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.