Ambulans bawa pesakit kanser terbabit dalam kemalangan nahas di Jalan Tuaran Lintas

Kickbola.net
Keadaan ambulans yang terbalik selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan Toyota Hilux (gambar kecil) dalam kemalangan di Jalan Tuaran Lintas.
Ambulans bawa pesakit kanser terbabit dalam nahas

Lintas 21 Julai – Seorang warga emas yang juga pesakit kanser paru-paru tidak sedarkan diri, manakala empat yang lain cedera ringan selepas terbabit dalam nahas jalanraya yang melibatkan sebuah ambulans dan kenderaan pacuan empat roda di Batu 5 Jalan Tuaran Lintas kelmarin.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, nahas kira-kira jam 12 tengahari kelmarin yang membabitkan mangsa berumur antara 12 hingga 65 tahun itu dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu kenderaan Toyota Hilux yang tidak mematuhi Kaedah 9(1) LN 166/59.

“Toyota Hilux yang dinaiki seorang kanak-kanak dan dipandu oleh seorang lelaki berumur 60 tahun tidak memberikan laluan kepada ambulans milik Borneo Patient Transfer Services PLT tersebut mengikut kaedah peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis mendapati ambulans itu sedang dalam perjalanan membawa seorang pesakit kanser paru-paru yang ditemani isterinya dari arah Jalan Lintas menuju ke Jalan Tuaran Bypass sebelum dirempuh oleh Toyoto Hilux berkenaan di persimpangan lampu isyarat jalan mengakibatkan pemandu ambulans hilang kawalan lalu terbalik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.