Banjir Lumpur mengamuk kali kedua di Kiau Taburi, Kota Belud

Kickbola.net Banjir Lumpur sekali lagi mengamuk di Kiau, Kundasang petang tadi. Banjir lumpur datang dengan rakus ketika sekolah tu baru menjalani gotong royong pembersihan. Syukur tiada yang dilaporkan cedera. Terus doakan kesejahteraan Sabah. Dipetik dari Page Friends of Kinabalu Mountain Guides
BANJIR LUMPUR MENGGANAS LAGI

KOTA BELUD: Hujan lebat di kawasan Gunung Kinabalu mengakibatkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Penataran dan Sungai Ulu Kadamaian, di Kota Belud, petang tadi.

Banjir lumpur kali kedua itu menjejaskan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau Taburi di Kota Belud yang terletak berhampiran dengan sungai.


Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Felix Tongkul, berkata paras air di kedua-dua sungai itu meningkat mendadak dengan keadaan air keruh.


"Banjir lumpur itu berlaku dengan begitu cepat selepas hujan lebat di hulu kerana laluan sungai sudah 'dibersihkan' oleh banjir lumpur yang pertama.


"Keadaan ini bahaya kepada penduduk yang tinggal di tepi sungai dan ia dijangka akan terus terjadi selagi bahan tanah runtuh di kaki gunung terus berkumpul dan hujan lebat berlaku," katanya.


BANJIR lumpur melanda Sungai Ulu Kadamaian, di Kota Belud, petang tadi.

Kepada Penduduk Sekitar Gunung Kinabalu: Banjir Lumpur Terjadi Lagi.Hari ini saya telah pergi ke Kota Belud untuk...
Posted by SAYA ORANG SABAH on Saturday, July 4, 2015


Post a Comment

Previous Post Next Post