Beberapa daerah di Sabah ditumbuhi Rumpai Miang Mexico

Kickbola.net
Enam daerah Sabah - Ranau, Keningau, Tenom, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu ditumbuhi Rumpai Miang Mexico

Enam Daerah Sabah Dikenal Pasti Ditumbuhi Rumput Miang Mexico

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini enam daerah di Sabah dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang Mexico yang berbahaya iaitu di kawasan-kawasan kecil melibatkan 16 lokasi.

E
nam daerah itu adalah Ranau, Keningau, Tenom, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu.


Menterinya, Datuk Seri Yahya Hussin berkata rumpai itu disenaraikan dalam 10 teratas perosak asing berbahaya dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan Spesies Asing Berbahaya kerana tumbuhan itu memberi kesan berbahaya pada persekitaran, ekonomi serta kesihatan manusia dan haiwan.


“Pemantauan telah dilakukan dan jabatan pertanian mendapati rumpai ini tidak merebak ke seluruh negeri,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Bujang (BN-Sindumin).

Namun, katanya, kementeriannya menerusi Jabatan Pertanian menangani masalah tumbuhan itu secara profesional dan pantas melalui pelaksanaan strategi pengawalan jangka pendek dan panjang.


Katanya, satu pasukan petugas iaitu Jawatankuasa Pengawasan dan Pengawalan Perosak telah ditubuhkan di samping mengaktifkan bilik gerakan di peringkat ibu pejabat Jabatan Pertanian.

“Strategi pengawalan jangka pendek ini termasuklah pemantauan, penghapusan, pembendungan dan juga kempen kesedaran,” katanya.


Selain itu, beliau berkata strategi jangka panjang melibatkan program pembangunan dan penyelidikan ( R&D) mengenai rumpai itu dan seterusnya menentukan kaedah pengawalan yang berkesan.

— BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post