KPJ: Penyerang pasukan bola sepak Sabah Md Rozaimi Abd Rahman, 23, dijangka direhatkan selama enam bulan sebelum dibenarkan beraksi semula di atas padang.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Alijus Sipil berkata, penyerang muda negara itu sudah sedar dan kini stabil selain cedera di kepala, rusuk kanan dan bahu."Dia memerlukan tiga bulan untuk pulih dan selepas itu perlu menjalani latihan kecergasan.
"Apa yang pasti, Rozaimi mampu beraksi kembali dalam kancah bola sepak negara," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu, di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Presiden SAFA turut meluangkan masa melawat pemain muda itu yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Rozaimi semalam terbabit kemalangan selepas kenderaan dipandu anak saudaranya, Awangku Mohd Farris Mahamud, 21, merempuh pokok di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran, di sini.
Dalam kejadian jam 1.30 petang, Awangku Mohd Farris yang juga pemain tengah Piala Presiden Sabah meninggal dunia pada 8.37 malam tadi, selepas tujuh jam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.
Rozaimi disamping itu sempat mengucapkan good luck untuk Sabah & menyeru para penyokong untuk terus memberi sokongan kepada pasukan Sabah FA!! Lawatan Ketua Menteri serta ADUN Bongawan dan pengurusan SAFA dan juga jurulatih Mike dan CEO DSP TC Goh petang tadi.
Rozaimi sempat memberi kata-kata semangat kepada jurulatih dan pasukan Sabah FA supaya bermain bersungguh-sungguh malam ini untuk mencapai kemenangan menentang lawan UITM FC fc Likas malam ni.
Doktor turut memberitahu keadaan Rozaimi stabil dan kemungkinan boleh beraksi semula untuk pasukan Sabah dalam tempoh masa 3 bulan.
Post a Comment