Foto Kenangan Pemain Piala Presiden Sabah Arwah Awangku Mohd Farris Mahmud (Tribute)

(T)(C) Farris....Kembali ke Rahmatullah pada malam Julai 2015 di hospital Kota Kinabalu, terlibat dengan kemalangan jalanraya. Seorang pemain bola sepak belia Sabah yang sangat baik dan berpekerti mulia. Al-Fatihah....Amin.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Meninggal selepas tujuh jam

''One of the best attitude player I have ever met.'' - Rozlee Idris

Pemain Piala Presiden Sabah, Awangku Mohd Farris Mahmud sah meninggal dunia. Al- Fatihah!

Maira Elizabeth Nari Awangku Mohd Farris Mahmud
Dengan Penuh hiba dan rasa sedih, dimaklumkan Awangku Mohd Farris bin Mahamud telah meninggalkan kita pada pukul 8.37 malam tadi.

Sabahup2date mengucapkan Salam takziah dan semoga keluarganya tabah menghadapi saat-saat yang sukar ini. Mari kita sedekahkan doa mengikut kepercayaan masing-masing.

HQE II: Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

Ayuh semua penyokong Sabah..!! Kita penuhkan Stadium Likas malam ni. Perjuangan dan semangat allahyarham Fariss selama ni untuk meningkatkan mutu bola sepak sabah perlu diteruskan. AL-FATIHAH. - Grafik Bola Sepak Sabah.


Perjuangan SabahRhinos esok malam akan ditujukan khas buat Rozaimi Abdul Rahman yg sekarang stabil di Hospital KPJ dan paling menyayat hati, arwah Mohd Farris yg telah meninggal dunia tadi.

Al-Fatihah. (Sumber Sabah FA). Malam ini Sabah akan melayan kunjungan drpd UiTM FC utk saingan Liga Perdana. Kick off 9.15pm, Stadium Likas. Marilah kita ramai-ramai datang ke stadium untuk memberikan sokongan buat 11 pemain bagi memberikan semangat kepada mereka mengenangkan rakan mereka yang masih bertarung nyawa di Hospital dan buat arwah yang telah pergi.

"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.