RANAU, 29 Julai -- Satu gempa bumi lemah berukuran 2.4 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 9.25 pagi ini.
Jabatan Meteorologi dalam laman sosialnya membuat kenyataan hari ini berkata gempa bumi berlaku 3km barat laut Ranau, Sabah."Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia," menurut kenyataan itu.
Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.
Post a Comment