Anak Sabah duet bersama Jessie J di aplikasi Smule dapat perhatian
KOTA KINABALU, 6 Ogos 2015: Seorang anak kelahiran Sabah yang berasal daripada Kota Kinabalu yang bernama Billance Fung Chee Von dan merupakan etnik Sino Kadazan telah menarik perhatian warga Facebook setelah rakaman videonya yang berduet dengan seorang penyanyi terkenal yang bernama Jessie J dengan lagu Flashlight dikongsikan kepada umum melalui profil akaun "Facebook" peribadinya.
Video tersebut telah mendapat sambutan yang hangat setelah beliau kongsikan di beberapa laman page Facebook dimana berjaya mencatatkan jumlah "share" yang telah mencecah 2,136 dan "Like" sebanyak 1,654. Manakala, jumlah rekod "share" di akaun peribadinya mencatat sebanyak 955 dan "Like" dalam 1,667.Menurut beliau,"rakaman tersebut dilakukan secara "duet" bersama dengan penyanyi Jessie J tetapi bukan secara live. Ia menggunakan aplikasi "Sing! Karaoke by Smule" dan sesiapa juga boleh melakukannya."
"Tiada sebarang latihan khusus. Saya hanya menyanyikannya "for fun" sahaja. Terdapat banyak pilihan lagu sama ada "single, duet or group" yang tersedia dalam aplikasi tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya perlu memilih salah satu lagu berkenaan untuk dinyanyikan", ujarnya.
Respon daripada warga Facebook yang rata-ratanya berasal daripada warga Sabah dan Sarawak memberikan pujian dan pengiktirafan terhadap kemerduan suara beliau. Malah ada sejumlah ramai wanita dan juga lelaki telah terpikat dan jatuh hati dengannya setelah mendengar lagu duet beliau itu. Ini ditambahkan lagi dengan kekacakannya telah menjadi faktor kepada minat terhadapnya.
Difahamkan bahawa beliau adalah seorang Jurutera Proses (Process Engineer) yang bekerja di Kota Kinabalu, Sabah.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment