Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 4 kilometer barat daya Ranau, Sabah.
Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Rabu
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 5.11 petang, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata pusat gempa itu adalah pada 6 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur dan 4 kilometer barat laut Ranau telah menghasilkan gegaran kawasan yang terjejas."Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia," menurut kenyataan itu.
Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa. --BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment