LABAN RATA: Laluan pendakian ke Laban Rata di Gunung Kinabalu telah perbaiki.
Taman-Taman Sabah kini memutuskan tiga laluan alternatif untuk sampai ke puncak gunung.Tiga laluan itu lebih mencabar berbanding laluan asal di antara Laban Rata dan puncak gunung itu yang terhalang oleh bongkah dan batu-batuan akibat gempa bumi 5 Jun, kata Pengerusi Taman-Taman Sabah Datuk Tengku Adlin Tengku Mahamood.
Laban Rata yang terletak pada ketinggian 3,272 meter adalah lokasi di mana letaknya rumah rehat.
Pendaki biasanya berhenti di situ semalaman sebelum mereka naik ke puncak gunung pada ketinggian 4,095.2 meter.
"Kami memastikan laluan alternatif ini jauh dari batu-batuan yang jatuh," katanya, Rabu.
Tengku Adlin berkata laluan alternatif itu adalah lebih curam daripada yang asal, tetapi beliau yakin kebanyakan pendaki akan melepasinya.
Katanya, laluan itu memerlukan penggunaan tali di sepanjang bahagian curam.
Beliau menambah, terdapat satu bongkah batu sebesar rumah berhampiran Laban Rata.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata mereka berharap dapat membuka semula Gunung Kinabalu untuk pendaki pada September.
Beliau berkata kerja-kerja pemulihan ke atas laluan mendaki berhampiran puncak itu sedang dijalankan dengan bantuan pakar-pakar gunung.
Walau bagaimanapun, bilangan pendaki akan dihadkan kepada kurang dari 100 orang setiap pendakian berbanding 192 sebelum ini atas sebab-sebab keselamatan.
Empat malim gunung adalah antara 18 orang terbunuh berikutan gempa bumi 5 Jun.
Post a Comment