SINSURAN, KK - 16 Julai: Seorang penganggur ditahan selepas satu video yang menunjukkan dia memukul isterinya menjadi viral di media sosial.
Lelaki 20 tahun itu ditahan selepas kurang dari 12 jam kejadian berlaku.
Ketua Polis Komisioner M. Chandra berkata mangsa, pemegang kad IMM13 berusia 16 tahun, telah membuat laporan mengatakan bahawa dia telah dipukul oleh suaminya atas beberapa masalah keluarga.
"Lelaki itu ditahan di Sinsuran berhampiran tempat mereka tinggal, manakala mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya sambil menambah bahawa pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 bulan.
Memetik laporan dari Harian Metro, kejadian berlaku setelah mangsa meminta wang untuk membli lampin untuk bayi mereka.
Post a Comment