Hari Raya adalah hari untuk bergembira dan sudah tentu semua pihak menantikan kedatangan Syawal yang bakal menjelang tiba. Begitu juga dengan Stacy yang bakal beraya bersama keluarga Akim Ahmad di Johor Bahru. Umum tahu yang kedua dua selebriti ini sedang bercinta dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan berita baik tersebut kepada pihak media.
Mungkin juga Stacy mengambil pendekatan untuk sama-sama belajar dan mengenali keluarga Akim dengan lebih mendalam agar urusan selepas ini lebih dipermudahkan.Mengikut sumber, sudah menjadi kebiasaan Stacy akan membantu ibu Akim menyiapkan juadah pada pagi hari raya.
Selain berasa teruja dan seronok kerana dapat belajar banyak perkara, Stacy turut ringan tulang dan sentiasa membantu menyiapkan apa yang patut di dapur. Stacy dalam masa yang sama turut suka dengan juadah yang popular di Johor iaitu Burasak.
Dalam masa yang sama, pelatun lagu I am not for sale ini gembira kerana berpeluang untuk memberikan duit raya kepada kanak-kanak tambahan pula, ini merupakan tahun ketiga dia beraya bersama keluarga Akim.
Penyanyi kelahiran Sabah ini turut bersyukur kerana keluarga Akim dapat menerima kehadirannya di rumah mereka selain tidak kekok untuk mengenakan pakaian sedondon seisi keluarga. Sudah semestinya Akim akan turut sama gembira kerana dapat membawa kekasihnya itu berjalan-jalan selain dapat mengeratkan tali silaturahim sesama saudara mara. Semoga hubungan diantara mereka akan kekal sehingga ke jinjang pelamin kelak.
Post a Comment