Syaiful 'Melati' Zero Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Kickbola.net
Dengan Sekali Lafaz, Syaiful Zero Sah Bergelar Suami
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Dengan Sekali Lafaz, Syaiful Zero Sah Bergelar Suami

Dengan sekali lafaz, salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Mohd Syaiful Bin Doli Sharif atau dikenali dengan nama Melati selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya.

Syaiful dan isterinya, Ashura Bte Rudy, 27, sah bergelar suami dan isteri lewat petang tadi di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah.

Pasangan ini dinikahkan oleh juru nikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali.

Melati menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000. Namun pasangan ini masih belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding.

Sebelum ini, Syaiful terpaksa menangguh tarikh perkahwinan dari bulan Februari kepada Julai kerana ingin fokus kerjaya selain menghantar ibunya menunaikan haji dan membuat rumah baru di Kudat.

Walau bagaimanapun pada 17 Jun yang lalu ahli kumpulan Zero dan ibunya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terlibat dalam kebakaran.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengahari semalam, 70 buah rumah di Kampung Bahagia musnah dijilat api akibat litar pintas.

Apa pun ucapan jutaan tahniah kepada Syaiful dan isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Berikut beberapa keping foto Syaiful dan isteri yang memilih warna Pink  di hari pernikahan mereka.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.