Muhyiddin Digugurkan Daripada Kabinet
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi menerusi sidang media khas sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.
Seperti jangkaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir daripada senarai kabinet dan diganti dengan Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.Rombakan kabinet itu juga menyaksikan beberapa pertukaran menteri kanan lain yang turut tersingkir.
Manakala beberapa mereka yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan senarai kabinet barunya sebentar tadi.
Menurut beliau, rombakan Kabinet baru itu dilakukan untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke 14.
Post a Comment
0Comments