Benarlah jodoh pertemuan, ajal dan maut merupakan ketentuanNya. Sebaik mana kita merancang, sehebat mana kita merencana andai sudah tertulis bukan milik kita. Redha lah kerana ada hikmah disebalik yang berlaku.
Luluh hati seorang lelaki apabila bakal tunangnya meninggal dunia setelah hampir tiga minggu bertarung nyawa di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Dipercayai bakal tunangnya terlibat dalam kemalangan pada hari raya ketiga dan menyebabkan kecederaan di bahagian tulang bahu, tangan dan mengalami pendarahan di otak.Lebih menyedihkan kerana segala persiapan majlis pertunangan telah diuruskan oleh bakal tunang lelaki tersebut.
Di bawah ini adalah antara kapsyen yang dimuat naik dalam gambar lelaki tersebut umpama menyembunyikan rasa kesedihan atas pemergian bakal tunangnya.
"Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan. dahla jari tu kecik cenonit je. nasib baik dapat cari. tu pun kena potong lagi nak kasi muat jari. nasib baik awak kaki tu mcm ada spring bila shopping lama mana pun takpe.
Al-Fatihah."
Di bawah ini adalah status in Instagram lelaki tersebut, sangat menyentuh perasaan.
Alfatihah kepada mangsa.
Sejujurnya air mata kami jatuh tatkala membaca kesemua luahan sayu lelaki ini setelah kehilangan orang yang disayangi akibat kemalangan semasa raya ketiga.
Difahamkan bakal tunang lelaki ini mengalami pendarahan teruk di kepala sebelum meninggal dunia selepas beberapa hari koma.
Baca luahan dan kata-kata semangat lelaki ini buat arwah yang hampir seminggu berada dalam koma.
Please wake up..
Cepat bangun, jangan ngelat..
Itu hari saya warded, awak siap boleh selfie..
Yes! dah nampak jari awak gerak..
Semua orang nak awak bangun..
Al-Fatihah..kita jumpa dekat sana
Kejap lagi saya ziarah awak ye..
Our convocation day..
Punyalah excited tunjuk baju tunang dekat saya…
Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan..
Saya akan datang lagi..
Sumber : Instagram omwrzdn
Post a Comment