Dekoder MYTV Broadcasting Mula Di Edar di Sabah

Kickbola.net
07/08/2015:Dekoder MyTV Akan Mula Di Edar Kepada Golongan Sasar
07/08/2015:Dekoder MyTV Akan Mula Di Edar Kepada Golongan Sasar

Kira-kira seribu 500-unit dekoder MyTV akan diedarkan secara percuma kepada responden ujian siaran Televisyen Digital Terestrial (DTT) di enam daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran dan Kota Belud bermula AHAD INI.

Majlis penyerahan dekoder akan disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said di Dewan Serbaguna Kampung Likas, Kota Kinabalu, Hari Ini.

Ketua Pegawai Komersial MyTV, Haniza Ros Nasaruddin dalam temubual bersama Radio Malaysia Sabahfm di Kota Kinabalu berkata, responden yang dipilih adalah berdasarkan beberapa kriteria termasuk penduduk berpendapatan rendah dan tidak mempunyai siaran TV berbayar.



Sebagai permulaan, penerima dapat menikmati tujuh saluran termasuk TV1 dan TV2 dalam bentuk digital.

Bagaimanapun, ia akan ditambah kepada 30-saluran selepas pelancaran rasmi MyTV Januari depan dan lebih 250-ribu dekoder dijangka diedarkan di seluruh negeri.

Di Sabah, terdapat tiga kawasan dipilih sebagai stesen pemancar bagi siaran MyTV iaitu Bukit Karatong di Kota Kinabalu, Gunung Andrassy di Tawau dan Bukit Trig di Sandakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post