Panda gergasi Malaysia Selamat melahirkan anak

Kickbola.net
Panda gergasi betina Liang Liang selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 petang selasa di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara. Perdana Menteri di Laman Sosial beliau turut Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari selasa.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Liang Liang melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari Selasa | Netizen ucap tahniah atas kelahiran bayi panda di Zoo Negara


Liang-Liang selamat melahirkan anaknya kira-kira jam 1.45 tengah hari selasa.

Zoo Negara: Kelahiran seekor anak panda di Sini tengah hari selasa disambut baik oleh pengguna media sosial.

Sekaligus ia merupakan bayi panda yang pertama dilahirkan di Malaysia.

Antara yang mengucapkan tahniah adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Gembira mendapat berita bahawa Liang Liang, panda di Zoo Negara, telah selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 tengah hari tadi,” tulis Najib di Twitter.



Kegembiraan ini turut dikongsi oleh netizen yang lain:

    Congrats Liang Liang the panda :')
    — pettish (@syahirahzee) August 18, 2015

Terdapat juga kempen untuk memilih nama yang sesuai untuk panda berkenaan.

Panda gergasi betina Liang Liang selamat melahirkan seekor anak pada 1.45 petang selasa di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) di Zoo Negara.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata pekerja dan pakar veterinar di GPCC mengesan gerak-geri Liang Liang yang luar biasa sejak dua minggu lepas.

"Liang Liang mula menunjukkan tanda-tanda luar biasa seperti tiada selera makan, kurang aktif dan mengeluarkan bunyi pelik daripada kebiasaan.

"Sejak dari itu, pakar-pakar veterinar Zoo Negara membuat ujian darah dan menimbang berat badannya...mereka menjangka 80 peratus kemungkinan yang Liang Liang bunting," katanya kepada Bernama Selasa.

Rosly berkata petugas-petugas di GPCC mengesan keadaan Liang Liang yang menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin selepas ia dikeluarkan dari kandang ke tempat pameran pada 10 pagi selasa.

Pasangan panda Liang Liang dan Xing Xing tiba di Malaysia pada Mei 2014.

Ia dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Menariknya, kelahiran ini mengejutkan semua staff di zoo negara kerana tidak ada tanda-tanda panda betina itu sedang bunting walaupun haiwan itu dipantau pakar dari China.

Ketika ini Pasukan perubatan sedang melakukan pemantauan terhadap Liang-Liang dan anaknya.

Bayi panda berkenaan bagaimanapun tidak dapat jelas dilihat kerana berada dalam dakapan ibunya memandangkan Liang-Liang begitu melindungi anaknya itu.


Liang-Liang merupakan panda gergasi betina yang menjadi lambang hubungan diplomatik Malaysia-China.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.