Pelakon Hollywood Angelina Jolie kini berada di Kota Marudu, Sabah?

Kebenaran Pelakon Hollywood Angelina Jolie kini berada di Kota Marudu, Sabah? Updated : - SOS kena whatsapp ni gambar. Mau pecaya mau tidak. Itu admin post mana tau ada kenal tu boliau. Rupanya terkena lagi kami di SOS, rupanya foto ini Inan di Myanmar Baini.. ada pula di Kota Marudu.. ish ish ish... Tapi kalau betulah Angelina Jolie ada di KM ka sekarang ..Nampaknya next episode Tomb Raider shooting di KM la ni kali .Cakap Dusun la ni dia nanti.haha

Foto Angelina Jolie di Sabah disahkan palsu

HOAX News! : Dikhabarkan Angelina Jolie sekarang berada di Kota Marudu Sabah. Gambar berkenaan sebenarnya diambil ketika aktres berusia 40 tahun itu itu berkunjung ke Myanmar, Julai lalu.

S
ekeping gambar pelakon Hollywood, Angelina Jolie yang kononnya berada di Sabah, disahkan sebagai palsu.

Foto yang tersebar di aplikasi WhatsApp dengan kapsyen "Angelina Jolie somewhere at Kota Marudu … confirmed by a friend at Astro Awani" itu juga mula rancak dimuat naik dan turut dikongsikan pengguna Facebook.

Pihak Astro AWANI bagaimanapun tidak pernah membuat sebarang pengesahan tentang kehadiran Jolie ke negeri itu.

Gambar berkenaan sebenarnya diambil ketika aktres berusia 40 tahun itu berkunjung ke Myanmar, Julai lalu.

FB Angelina Jolie Status yang dimuat naik di sebuah laman Facebook.


Menerusi satu muat naik di sebuah akaun Facebook, Jolie didakwa berada di Kota Marudu, Sabah dan kemudian dijangka melawat beberapa tempat di Sarawak.


Jolie, pada Julai, membuat beberapa siri lawatan kemanusiaan ke beberapa buah negara Asia Tenggara, selain turut bertemu dengan pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi.

Kehadiran Angelina Jolie ke Sabah dan Sarawak jadi viral


KHABAR angin mengenai kehadiran aktres jelita dan duta kemanusiaan, Angelina Jolie di Sarawak beredar dengan pantas di media sosial dan aplikasi komunikasi.

Laman Facebook ‘Kamek Miak Sarawak’ berkongsi foto berserta khabar tersebut. “Dikhabarkan Angelina Jolie sekarang berada di Kota Marudu, Sabah. Tidak diketahui apa tujuan beliau ke sana. Selepas Kota Marudu ‘kemungkinan’ beliau akan ke Sarawak melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Kuching, Bintulu dan Miri…,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Namun, hasil tinjauan, tiada sebarang maklumat rasmi yang mengatakan Angelina Jolie berada di Malaysia. Difahamkan foto yang disertakan dalam perkongsian tersebut pula dari sebuah lawatan yang disertai Jolie di Kachan, Myanmar. Perkongsian tersebut sehingga kini telah menarik perhatian lebih 9,000 pelayar di Malaysia.

Ada Sumber mengatakan pelakon ini mau buat filem pasal perang dunia ke II yang berlaku ke atas tentera Australia yang dizalimi tentera Jepun.
Filem Unbroken (2014)
Semua ini rentetan sekual filem Unbroken (2014) filem ditayang Disember tahun lepas yang merupakan filem arahan sulung beliau mengenai perang dunia II.

Menurut laman sosial itu juga, Selepas Kota Marudu "kemungkinan" beliau akan ke Sarawak melawat tempat-tempat yang menarik sekitar Kuching, Bintulu dan Miri.

Updated : - SOS kena whatsapp ni gambar. Mau pecaya mau tidak. Itu admin post mana tau ada kenal tu boliau. Rupanya terkena lagi kami di SOS, rupanya foto ini Inan di Myanmar Baini.. ada pula di Kota Marudu.. ish ish ish...

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.