Gunung Kinabalu dijangka beroperasi sepenuhnya secara rasmi 1 Disember depan

Kickbola.net
Gunung Kinabalu, yang terjejas teruk selepas gampa bumi 5 Jun lalu akan dibuka semula secara rasmi 1 September ini bagi laluan ke Laban Rata. Foto Oleh Stephanie Amin
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



TAMAN KINABALU, 13 Ogos: Jika semuanya berjalan lancar, gunung tertinggi di Asia Tenggara dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Disember tahun ini.

Ia akan menggunakan laluan alternatif sebagai gantian di laluan yang rosak di kilometer 6.5-6.7.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun berkata beliau berharap Gunung Kinabalu akan bersedia untuk menerima pendaki pada Disember ini.

“Kajian Geo-teknikal sedang dijalankan di laluan menuju ke puncak manakala pembaikan yang sedang dilakukan di sekitar regangan yang kurang sensitif. Bagaimanapun bayaran belum ditentukan,” katanya.

Masidi berkata ketika mesyuarat Jawatankuasa Teknikal itu, semalam, mereka telah membuat beberapa cadangan yang dianggap praktikal oleh kementeriannya dan Taman-Taman Sabah.

“Kami telah memutuskan bahawa pendakian ke Laban Rata akan dibuka secara rasmi pada 1 September tetapi bilangan (pendaki) akan terhad kepada 100 daripada 192 pada setiap masa, untuk permulaannya.

“Selain trip harian, pendaki juga dibenarkan bermalam di Laban Rata sebelum turun pada hari berikutnya,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi 6.0 magnitud telah mengakibatkan 14 pendaki dan empat malim gunung maut.

Laluan dari kedua-dua pintu masuk ke gunung – Pintu Timpohon dan Mesilou, sehingga ke puncak telah rosak disebabkan runtuhan batu dan pokok dan telah ditutup selama tiga bulan.

Sabtu lepas, pendakian eksperimen telah dilakukan bagi pendaki, termasuk renjer, malim gunung dan pengamal media selepas beberapa bulan ditutup akibat bencana alam itu.

Gunung Kinabalu menarik beribu-ribu pendaki profesional dari seluruh dunia setiap tahun dan boleh dikatakan salah satu aset pelancongan yang paling penting di Sabah.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.