Perdana Menteri Sedia beri kuasa autonomi Sabah, Sarawak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 di Padang Merdeka di Kuching, malam ini. Yang turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (kanan)

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kuching: Perdana Menteri mengumumkan kesediaan kerajaan Pusat untuk memberikan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ketika merasmikan Pelancaraan Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2015 di Padang Merdeka di sini, hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama Setiausaha Negeri untuk membincangkan pemberian kuasa autonomi itu.

"Saya akan berikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak. Saya sudah arahkan KSN bersama-sama Setiausaha Negeri untuk membincangkan apa kuasa autonomi yang boleh diberikan kepada kedua-dua negeri terbabit. Perbincangan sudah dimulakan.

"Ada beberapa perkara yang banyak pertindihan dan ada sumber (bidang kuasa) yang boleh diselamatkan kalau kita boleh selaraskan antara kerajaan Pusat dan negeri," katanya ketika berucap dalam majlis itu.


Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak, Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.



Najib berkata, beliau akan mengumumkan pemberian autonomi kepada Sarawak terlebih dahulu dalam masa terdekat ini kepada Adenan.

"Saya akan umumkan kepada Ketua Menteri tidak lama lagi," katanya.

Terima kasih Datuk Sri Najib Tun Razak..kalau Betul lah Datuk Sri bersedia memberikan Kuasa autonomi..ini dalam sejarah rakyat Sabah & Sarawak..Hidup Najib Razak..ini baru adil dan saksama! 


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 9:37 PM

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.