Perkembangan kes budak 3 tahun lemas di Taman Rainbow, Tawau

Kickbola.net
KES BUDAK 3 TAHUN LEMAS
Gerakan cari budak lelaki dipercayai lemas di Sg Tawau diteruskan

Taman Rainbow, Tawau. Bomba Sukarela - hari ini akan menyambuung Ops mencari dan menyelamat setelah ditangguhkan jam 16:32 Kelmarin.

B uat masa ini mangsa yg dipercayai jatuh kedalam sungai masih gagal di temui. Operasi Mencari akan bersambung Hari Ini.

Bomba Sukarela berkata Buat masa ni segala usaha telah di buat, hilang di darat % nya terlalu rendah. Mereka juga akan membuat usaha mencari di persisiran pantai akan dibuat esok. Pasukan Sukarela ini berharap ada petunjuk di kawasan laut.

Mohd Fadeli Ismail
Ketua Bomba Sukarela Felda Umas


TAWAU: Gerakan mencari seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Sungai Tawau, Taman Rainbow pada Isnin masih diteruskan.

Mangsa yang dikenali sebagai Md Famirul Aiman Rahman masih belum ditemui sehingga kini selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu yang terletak di kawasan belakang rumahnya kira-kira jam 5.38 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya masih meneruskan pencarian dengan penambahan bilangan anggota dan turut mendapat sokongan serta bantuan agensi penyelamat lain.

Menurutnya, seramai 54 anggota terlibat dalam pencarian itu terdiri daripada 10 anggota bomba, 15 orang dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), 20 anggota Rela, tiga anggota polis dan enam anggota bomba sukarelawan Felda Umas.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan seperti biasa bermula dari kawasan budak berkenaan dilapor hilang sehingga ke kawasan muara sungai Cow Bay Tawau Lama.

Sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang petanda mengenai kehilangan mangsa dan akan tetap meneruskan pencarian meskipun polis tidak dapat mengesahkan mangsa terjatuh dan lemas di sungai berkenaan.

“Berdasarkan siasatan polis, ibu bapa mangsa mendapati mangsa tiada di rumah dan menganggap kemungkinan besar mangsa terjatuh di sungai terbabit, namun polis tidak dapat mengesahkan kejadian itu.

“Pihak bomba tetap melakukan pencarian selain mencari tanda di sungai seperti pakaian mangsa yang terlucut dari tubuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu sumber lain memberitahu, pihak keluarga mangsa turut melakukan pencarian dengan menemui pengamal perubatan ilmu Islam bagi membantu mengesan dan mencari mangsa.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.