Pesakit Jantung Maut dalam Kemalangan Ambulans di Sandakan

Pesakit Jantung Maut dalam Kemalangan Ambulans di Sandakan - Mangsa, Awang Ali Amat, meninggal dunia di wad kecemasan, Hospital Duchess of Kent (HDOK) kerana kecederaan di kepala. According to my friends... Ambulance accident di Bt 10 masa nak hantar pesakit dari Sandakan ke KK. bgini bha tu..tu viva d lorong kanan..tu ambulance d blkang tu viva..tu ambulance sdh hon2..viva x p lorong kiri jd..tu ambulance mengalah trus ambulance p lorong kiri trus tu ambulance speed..gila2 tu viva bru p kiri..tu ambulance mengelak langgar trus antam kalbut d bahu jln..thats the story goes..Pemandu awam semua..Tolonglah..Bagi laluan pada ambulance..Tidak kisahlah dia bawa pesakit atau tidak...

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Mangsa kemalangan meninggal dunia

Sandakan: Pesakit jantung yang terbabit dalam kemalangan di Batu Sepuluh, Jalan Labuk, pagi tadi, meninggal dunia, 2.30 petang tadi.

Mangsa, Awang Ali Amat, 65, meninggal dunia di wad kecemasan, Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan kerana kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Doktor wanita berusia 30 tahun patah kaki kanan manakala dua lagi mangsa iaitu jururawat dan isteri pesakit hanya mengalami cedera ringan akibat kemalangan membabitkan ambulans dan kereta, 10.20 pagi tadi.

Pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan.

Dua parah ambulans terbalik

Sandakan: Dua parah termasuk seorang doktor wanita manakala tiga cedera ringan selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Batu Jalan Labuk, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.20 pagi itu, doktor wanita berusia 30 tahun cedera parah patah kaki kanan manakala pesakit berusia 60 tahun cedera parah di tubuh badannya.

Dua lagi mangsa iaitu seorang jururawat dan isteri kepada pesakit hanya mengalami cedera ringan manakala pemandu ambulans tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, ketika kejadian, ambulans dalam perjalanan dari Sandakan membawa seorang pesakit jantung menuju ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu ambulans dan Perodua Viva.

"Mangsa yang cedera parah termasuk doktor wanita itu dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, untuk rawatan lanjut.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.