Sabah Anjur Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) 2015 edisi ke-10

Kickbola.net
10th SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL (SIFF) 2015 | Tema 2015: PERKAHWINAN RAKYAT - ‘Keamanan Melalui Budaya’. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan menganjurkan 10th Sabah International Folklore Festival 2015 pada 10 sehingga 15 Ogos 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10 2015

Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Budaya, Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian, Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan menganjurkan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah ke-10 2015 pada 10 sehingga 15 Ogos 2015 di Kota Kinabalu, Sabah.

Sabah International Folklore Festival (SIFF) merupakan satu acara yang bertaraf antarabangsa bagi mempromosikan pelancongan berasaskan kebudayaan (cultural tourism) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.


Sabah International Folklore Festival (SIFF) telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2001, 2004, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014. Penganjuran SIFF telah berjaya menyumbang ke arah mempromosi dan memperkenalkan Negeri Sabah sebagai destinasi pelancongan budaya yang unik dengan kekayaan budaya dan kesenian pelbagai etnik di samping alam semula jadi yang berkualiti. Sekali lagi pada tahun ini, Sabah International Folklore Festival kali ke-10 akan  diadakan pada 10 – 15 Ogos 2015.


Selaras dengan penganjuran festival berprestij ini, jualan tiket masuk untuk menyaksikan persembahan-persembahan yang akan diadakan mulai 1hb Mei 2015 untuk menyaksikan SIFF pada 10 – 15 Ogos 2015.


Penjualan tiket ini akan membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat sama ada pelancong dari dalam dan luar negeri ini untuk berkunjung ke Sabah bagi menyaksikan sendiri persembahan tarian antarabangsa.



Bagi tahun 2015, tema yang dipilih adalah berkonsepkan PERKAHWINAN RAKYAT.


Sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Bahan Media SIFF 2015
Risalah SIFF 2015
Poster SIFF 2015

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.