Sekitar Penutupan laluan keluar masuk Jalan Tun Fuad Stephen - Tanjung Lipat

Kickbola.net
Beberapa Jalan ditutup di KK, dan perhentian bas pun dikosongkan sempena kemerdekaan. Rancang perjalanan anda baik2 ok.. Foto Kredit : Julia Chan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU : KEBANYAKAN JALAN UTAMA SESAK

Penyokong perhimpunan Bersih 4.0 sedang berarak ke Bandar Kota Kinabalu.

Pihak Polis telah menutup laluan keluar masuk Jalan Tun Fuad Stephen berikutan perhimpunan ini tidak mendapat permit pihak Polis.

BERSIH 4.0 SABAH : Beberapa Jalan Di KK Terpaksa Ditutup

Picture
SABAH Penganjur Bersih 4.0

Hari kedua perhimpunan Bersih 4.0 hari ini menyaksikan polis terpaksa menutup beberapa jalan di Tanjung Lipat berikutan tindakan penganjur perhimpunan itu yang tetap berdegil mahu berarak menuju ke Lintasan Deasoka, di sini.

Picture
Ketua Polis Daerah Asisten M.Chandra berkata, sebelum ini pihak polis telah memaklumkan arahan larangan kepada penganjur untuk mengadakan sebarang perarakan menuju ke pusat bandaraya kerana boleh mengganggu rutin harian masyarakat khususnya di Gaya Street.

“Dalam beberapa siri pertemuan lalu antara polis dengan pihak penganjur Bersih 4.0, pihak berkuasa telah menegaskan bahawa sebarang bentuk perarakan menuju ke pusat bandaraya adalah dilarang sama sekali terutama di kawasan Gaya Street yang lazimnya sesak dengan orang ramai pada hujung minggu,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu, sikap pihak penganjur yang mementingkan diri dengan melanggar arahan larangan itu serta enggan mempertimbangkan kemungkinan wujud situasi gangguan terhadap ketenteraman awam sekiranya perarakan memasuki kawasan bandaraya adalah amat dikesali.

Penutupan jalan di kawasan terbabit dilakukan pihak berkuasa bermula jak 6.30 pagi sehingga 1.30 petang, namun keadaan trafik masih terkawal dan tiada kesesakan serius dilaporkan berlaku.


“Pihak polis telah mengenalpasti beberapa individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya sambil menambah bahawa hasil pemantauan rapi oleh polis mendapati tiada kejadian buruk berlaku sepanjang dua hari perhimpunan tersebut berlangsung di sini.


Perhimpunan Bersih 4.0 secara besar-besaran di seluruh negara sejak semalam diadakan bagi mendesak perletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan menuntut sistem pentadbiran yang bebas daripada rasuah.


Beberapa juga jalan di Kota Kinabalu juga ditutup. Perhentian bas pun dikosongkan sempena kemerdekaan.


Bagi yang ingin berurusan di bandaraya dinasihatkan merangka strategi dan bertimbang rasa sebelum berjalan.



Ini kerana jalan raya telah sesak dan ditutup sebahagian oleh kerana dek perhimpunan BERSIH 4.0.


Orang awam yang merancang masuk atau keluar dari bandar mengambil laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan teruk.

Sila Rancang perjalanan anda baik-baik ok.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.