Pekerja kontrak meninggal dunia di Gunung Kinabalu

TAHNIAH PBB MOSAR @ GUIDE GUNUNG KINABALU YANG TERLATIH KERANA MENJALANKAN TUGAS RESCUE WALAU APA JUGA KEADAAN CUACA. TERKINI, PASUKAN MOSAR TELAH BERJAYA MEBAWA MAYAT SEORANG PEKERJA BINAAN DI LABAN RATA KE TIMPOHON GATE. TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA SEMOGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI. Turut membantu dalam RESCUE adalah BBP Ranau, Staf Taman-Taman Sabah, Staf SSL, Hospital dan PDRM.
Pekerja kontrak mati di Gunung Kinabalu

RANAU: Seorang pekerja kontrak yang terbabit dalam kerja pembinaan rumah penginapan di Laban Rata, Gunung Kinabalu, di sini, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Azril Hamizi Sahari, 32, mengalami sesak nafas pada kira-kira jam 1.15 pagi tadi sebelum diberi bantuan pernafasan oleh kakitangan Taman-Taman Sabah yang berada di Laban Rata.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia namun tidak dapat dibawa turun ke kaki gunung untuk dibawa ke hospital berikutan keadaan cuaca yang berkabus tebal.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) memaklumkan mengenai keadaan mangsa pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

"Anggota MOSAR yang berada di Laban Rata memaklumkan keadaan cuaca berkabus selain gelap tidak selamat untuk membawa turun mangsa pada awal pagi tadi dan mereka terpaksa menangguhkan perjalanan sehingga jam 10 pagi tadi.


 "Seramai 11 anggota MOSAR membantu membawa turun mangsa dan mereka tiba di Pondok Timpohon di kaki Gunung Kinabalu kira-kira jam 2 petang tadi sebelum dibawa ke Hospital Ranau untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ranau, Deputi Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata siasatan awal polis mendapati kematian mangsa disebabkan sesak nafas. Katanya, keadaan mangsa disedari rakannya yang tinggal serumah di rumah kongsi untuk pekerja kontrak pembinaan di Laban Rata.


➡➡ Berita Semasa Sabah ⬅⬅
" Lelaki tidak sedarkan diri di Laban Rata ‪#‎GunungKinabalu‬ "
----------------------------------------------------------------------------

❎ Maklumat insiden kes seperti butiran berikut: ❎

Tarikh : 23/05/2016
Jenis Kes : Bantuan kemanusiaan
Alamat Kejadian : Laban Rata,Ranau
Masa Panggilan : 02:17:00 (talian balai)
Masa Jentera Keluar : 08:42:00
Masa Jentera Tiba : 09:23:00
Operasi Tamat : 14:10:00
Jarak ke lokasi : 25KM
KPI : 3


❎ Maklumat Kejadian: ❎

Pegawai Taman-Taman Sabah dan anggota PBB ‪#‎MOSAR‬ memaklumkan seorang mangsa lelaki tidak sedarkan diri di Laban Rata tetapi tidak dapat di bawa turun ke Timpohan Gate kerana kabus tebal dan membahayakan keselamatan. Pasukan PBB MOSAR yang berada di Laban Rata memaklumkan mangsa akan di bawa turun setelah keadaan cuaca selamat.

K/O lapor anggota dari BBP Ranau bersama 11 anggota PBB MOSAR di ketuai oleh PBK II Mahmud Jumah yang berada di Timpohon Gate bergerak menuju ke lokasi mangsa.Mangsa berjaya dibawa turun ke Timpohon Gate oleh Anggota BBP Ranau dan PBB MOSAR pada jam 14:00:00 dan di sahkan meninggal dunia oleh Pihak Hospital dan mangsa di serahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

❎ Maklumat mangsa: ❎

Nama: Azril Hamizi Bin Sahari
Status: Tidak Sedarkan Diri
Agensi: Pekerja Kontrak Binaan di Laban Rata
Warganegera: Malaysia (Sabah)
Kekuatan Pasukan Bomba:
Balai respon: BBP Ranau
KB24= 1 (PBK I Devi Ensoi)
KB22= 1 (PBKII Mahmud Jumah)
KB17= 7
PBB = 14

Agensi Bantuan ➡ Polis dan Ambulans
Kekuatan logistik:
✔ 1 Scania
✔ 1 EMRS

Sekian,terima kasih.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.