Situasi banjir di Sabah dipantau - Perdana Menteri

Kickbola.net
Situasi banjir di Sabah dipantau - Najib
Situasi banjir di Sabah dipantau - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri Sabah yang berkenaan akan memantau keadaan hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan seperti Kota Belud dan Beaufort di Sabah.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebook dan Twitter beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penduduk yang terjejas juga akan dibantu.


"Bagi kawasan Kota Belud dan lain yang terjejas, semua harta benda awam termasuk sekolah dan jalan perhubungan akan dibaiki oleh kementerian yang bertanggungjawab sekiranya mengalami kerosakan manakala penduduk yang perlu dipindah semula akan dibantu secepat mungkin," katanya.


Laman sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Semua agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah yang berkenaan akan memantau keadaan hujan yang berterusan dan banjir...
Posted by Najib Razak on Friday, August 7, 2015


Hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu, menyebabkan banjir lumpur sekali lagi melanda Sungai Kadamaian di Kota Belud awal pagi semalam, dan menyebabkan penduduk di Kampung Malangkap Baru di daerah itu terputus hubungan.


Pada Januari lalu, daerah Beaufort, Membakut, Tenom, Sipitang dan Papar terjejas teruk akibat banjir yang turut memusnahkan beberapa rumah, sekolah dan hasil pertanian.




Beaufort adalah antara daerah yang sering dilanda banjir setiap kali berlaku hujan berterusan. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post