SMK Benoni Papar dinobat pemenang Imej Kontemporari Terbaik pertandingan akhir Kids Witness News (KWN) Global 2015 di Singapura

Kickbola.net SMK Benoni Papar julang nama Sabah dipertandingan akhir Kids Witness News (KWN) Global 2015 di Singapura
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SMK Benoni julang nama Malaysia

SMK Benoni julang nama Malaysia WAKIL negara dari SMK Benoni, Papar, Sabah dinobat pemenang Imej Kontemporari Terbaik pertandingan akhir Kids Witness News (KWN) Global 2015 di Singapura.

Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benoni, Papar, Sabah yang mewakili Malaysia dalam pertandingan akhir Kids Witness News (KWN) Global 2015 di Singapura, naik ke pentas untuk menerima piala dan sijil penghargaan selepas diumumkan pemenang kategori Imej Kontemporari Terbaik.

Picture
Piala dan sijil penghargaan disampaikan Setiausaha Kanan Parlimen, Kementerian Pendidikan dan Tenaga Manusia Singapura, Hawazi Daipi pada Majlis Penyampaian Anugerah yang diadakan di Ground Theatre @ SCAPE.

Pasukan diwakili Effilyea A Razali, 17, Khairah Ismail, 17, Muhammad Aidil Jabinus, 16, dan Pangeran Madsariyanis Pangeran Sabahrun, 16 itu menghasilkan video bertajuk 'Just Click It'. Tonton video di bawah yang memenangi anugerah pada pertandingan berkenaan.



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.