Kenali Lacey Elizabeth Stanley Wanita pertama sertai unit Pengesan Bomba Anjing K9!

Kickbola.net
Kenali Lacey Elizabeth Stanley Wanita Sarawak pertama sertai unit Pengesan Bomba Anjing K9!
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Lacey Elizabeth Stanley wanita pertama sertai unit Pengesan Bomba K9


JIKA dulu kewibawaan wanita dalam pasukan beruniform kurang diberi perhatian dan pengiktirafan, namun kini mereka sudah menjadi orang penting dalam sesebuah organisasi terbabit setaraf dengan lelaki.

Buktinya, satu per satu berita dilaporkan media mengenai kejayaan wanita apatah lagi apabila kaum hawa itu dinobatkan sebagai pertama dalam bidang masing-masing termasuk kerjaya lasak namun bukanlah satu tugas mudah bagi seorang wanita sepertinya berdepan dengan situasi mencabar tanpa berbekalkan semangat tinggi serta kekuatan fizikal dan mental.

Picture
Lacey bersama pasangannya yang berbulu dinamakan Rory, seekor Springer Spaniel Inggeris, yang dilatih khas untuk membantu dalam penyiasatan kebakaran.

Kehidupan sebagai anggota badan beruniform, sememangnya sudah menjadi lumrah serta sebati dalam diri Lacey.

Picture
Sebahagian daripada pengendali K9 di Jalan Klang Lama, unit KL.

Sebagai seorang anggota wanita, Lacey tidak boleh lari dengan cabaran yang sentiasa ada, namun ia bukan menjadi masalah kerana beliau berusaha sedaya upaya untuk menanganinya.

Picture
Lacey juga telah membuktikan kepada masyarakat serta menepis tanggapan bahawa golongan wanita adalah lemah namun disebalik dirinya, beliau juga cukup bertuah kerana dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

Sokongan daripada keluarganya amat kuat dimana mereka sentiasa berada di belakangnya sejak hari pertama Lacey menjalani latihan untuk menyertai pasukan bomba.

Info Unit Pengesan

" Unit pengesan" merupakan salah satu mekanisme penggerak di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja mengesan dan menyelamat dengan cekap dan pantas.

Dengan adanya bantuan anjing-anjing pengesan yang dilatih khas ini, ianya dapat meningkatkan dan melicinkan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan lebih efisyen, justeru dapat mengurangkan risiko kemalangan kepada mangsa yang ditimpa bencana.

Picture
Lacey menerangkan carta jadual makan pegawai unit berbulu K9 secara terperinci.

Logo "unit pengesan" melambangkan matlamat utama yang ingin dicapai oleh unit pengesan dalam memastikan dan memberikan khidmat yang terbaik kepada segenap lapisan masyrakat tanpa mengira waktu dan keadaan. Ini adalah sejajar dengan kerjaya dan mutu perkhidmatan yang bertaraf dunia dan berprestasi tinggi.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.