Rozaimi Abdul Rahman Tidak Putus Asa!

Gambar terkini penyerang muda negara, Rozaimi Abd Rahman selepas terlibat dalam kemalangan pada bulan Julai lalu. Rozaimi kini buka kedai gunting rambut di Tanjung Aru sambil menjalani program pemulihan kecederaan yang dialami. Nampak semakin sihat dan beliau mungkin akan kembali beraksi selepas pulih sepenuhnya. Welcome back Rozaimi!!!

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Rozaimi Buat Semua Ini Untuk Dia

Tekad Bangkit dan Kembali sarung jersi Sabah & Malaysia pada masa depan!

Tidak akan luput dari ingatan peminat bolasepak Sabah pada nama Rozaimi Abdul Rahman penyerang Sabah yang pernah dinobat 10 pemain terbaik Asia pad 2012.

Selepas lebih setahun menggantung but akibat kecederaan panjang, penderitaan bekas penyerang sensasi Harimau Muda itu berterusan apabila terbabit  dalam nahas jalan raya pada 6 Julai lalu yang mengakibatkan anak saudaranya, Awangku Mohd Faris, 21 terkorban.


Lebih malang kejadian itu berlaku sehari sebelum skuad Liga Perdana Sabah menentang UITM FC di Stadium Likas ketika namanya disebut-sebut bakal membuat kemunculan semula selepas lama tersisih akibat kecederaan.

“Sekarang ini hanya tunggu bahu saya pulih sepenuhnya.. ia semakin baik dan saya berharap dapat memulakan sesi pemulihan pada Disember ini sebelum mampu bermain semula pada Januari.

KEDAI GUNTING ROZAIMI DI TANJUNG ARU

Saya pernah berbincang dengan arwah Awangku faris untuk memulakan perniagaan, macam-macam kami fikir ketika itu termasuklah kedai menggunting rambut, butik dan premis cuci kenderaan. Susulan perbincangan itu saya begitu teruja serta bersemangat dan mula menabung sejak awal tahun ini semata-mata untuk membuka premis perniagaan.


Cuma apa yang menyedihkan, saya tidak dapat mendirikan kedai gunting ini bersama dengan arwah… Namun saya melakukan semua ini untuk dia, hasrat kami akhirnya tercapai.


Rozaimi berkata pernigaan yang mula dibuka pada 16 September lalu itu kini dikendalikan oleh beliau sendiri bersama seorang lagi rakan Hezry Henry, 24. Teruskan mendoakan kesihatan beliau.


Walaupun dulu nama nya meniti setiap bibir peminat bolasepak di negara ini .. namun kini semua nya sepi setelah beliau terlibat dalam kemalangan ngeri. Namun demi rezeki Rozaimi terus berusaha .. semoga dipermudah kerjaya baru nya ini.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.