MH370

Terkini
.

Sekitar Majlis Penghormatan Terakhir buat Mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen

Kickbola.net
Mayat mendiang Inspektor Margaret Tagum Goem yang maut akibat dirempuh mat rempit semalam tiba di Unit Udara Polis DiRaja Malaysia di sini kira-kira jam 11.50 pagi tadi. Takziah buat keluarga mediang...SEMOGA AHLI KELUARGA TABAH
Mayat mendiang pegawai polis maut dirempuh mat rempit di Kluang tiba di Kuching

Ketibaan jenazah mendiang Inspektor Pentadbiran Trafik, Kluang Johor Inspektor Magaret Tagum anak Goen yang meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa (Pasukan Gerakan Udara PDRM) sebentar tadi.

KUCHING: Mayat mendiang Inspektor Margaret Tagum Goem yang maut akibat dirempuh mat rempit semalam tiba di Unit Udara Polis DiRaja Malaysia di sini kira-kira jam 11.50 pagi tadi.



Mayat mendiang yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi turut diiringi suaminya, Leon Bahak, 37, yang bertugas di Kem Mahkota Kluang, Johor sebagai pegawai waran dua.


SEDIH: Mayat mendiang Margaret tiba di Unit Udara Polis Kuching.

Ahli keluarga mendiang termasuk ibu bapa mendiang Goen Raip dan Rina Jamok turut berada di Unit Udara PDRM bersama Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Dr Chai Khin Chung dan pegawai-pegawai polis kanan peringkat negeri dan daerah.



Mereka kemudian berangkat ke kampung halamannya di Kampung Bogag, Jalan Serikin di Bau.



Seperti yang dilaporkan kelmarin, Mendiang Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang maut akibat dirempuh Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi Ahad.


Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Wira Sabtu Osman dan keluarga mendiang.

Sekitar Majlis Penghormatan Terakhir buat Mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen Reviewed by admin Ucop on 10:48 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.