Taja 100 Orang Tiket Balik Kampung Sabah dan Sarawak, Tindakan Influencer Ini Dapat Pujian Ramai

Picture
Sebak bila min tengok😭 semoga dimurahkan rezeki kepada beliau!🤗
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Usahawan terkenal ini berkongsi rezeki menaja tiket penerbangan kepada 100 orang yang bertuah

Seperti yang kita sedia maklum, harga tiket penerbangan pulang ke Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak masih dalam keadaan tidak stabil. Kadang mahal, kadang murah. Ini tidak termasuk kehendak syarikat penerbangan dan SOP baharu yang sentiasa dikemas kini.



Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad baru-baru ini berkongsi rezeki apabila tampil menaja tiket penerbangan kepada 100 orang yang bertuah dari Semenanjung untuk pulang ke kampung halaman mereka di Sabah dan Sarawak.


Perkongsian seorang influencer yang telah dimuat naik menerusi hantaran di laman Instagram miliknya semalam telah raih 354 ribu kali tontonan dan 55 ribu tanda suka.

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad

Telah menghebahkan perkara ini terdahulu di laman sosial nya.

Hafiz Mahamad yang juga merupakan pengasas sebuah jenama kecantikan pernah menghebahkan tiket pulang percuma di laman sosialnya pada 1 November yang lepas untuk membantu kesusahan rakyat Sabah dan Sarawak mendapatkan tiket pulang ke kampung halaman.

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad

“Happy saya lihat mereka tadi. Saya gunakan ini semua RM60K dari hasil perniagaan & RM10K dari sumbangan awak ke dalam pertubuhan sahabat Ainaa, saya niatkan juga untuk awak semua,”– Hafiz




Beliau turut gembira dan bersyukur kerana dapat membantu orang ramai untuk pulang ke kampung halaman mereka. Kredit akaun mencecah RM 60 hingga 70 ribu yang tidak terpakai tersebut telah digunakan sebahagiannya dengan niat yang baik.


Tindakan influencer ini bukan sahaja dapat memberi senyuman kepada orang ramai malah, rata-rata warga netizen memuji dan turut mendoakan agar usahawan ini sentiasa diberikan rezeki yang melimpah untuk membantu lebih ramai orang yang tidak berkemampuan di luar sana.

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad

Picture
Kredit gambar: IG Hafizmahamad



SOURCE: iloveborneo.my

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.