KOTA KINABALU – Polis daerah menafikan laporan yang tersebar di laman sosial internet yang mendakwa mayat seorang kanak-kanak berumur 8 tahun (gambar kecil) ditemui di dalam sebuah kotak berhampiran Menara Tun Mustapha, Teluk Likas di sini.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan mendapati kejadian itu bukan berlaku di daerah ini dan polis juga tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam mengenai perkara tersebut.“Kejadian sebenar berlaku di Jakarta, Indonesia,” katanya di sini hari ini.
Laporan yang tersebar di laman social khususnya di kalangan pengguna aplikasi Whatsapp berbunyi: “Kanak-kanak 8 tahun ditemui mati di dalam kotak biskut di Teluk Likas dekat bangunan Yayasan Sabah.
Dikhuatiri mangsa r0g0l dan dera. Tolong sebarkan berita ini supaya keluarga yg kehilangan anak dapat maklumat ini.
” Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang salah kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam serta menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat. Chandra memberi amaran bahawa tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menyiarkan berita palsu.
Post a Comment