PDRM Sabah terima laporan bangkai MH370 di Pulau Sugbay, Filipina

Kickbola.net
Pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.
Polis terima laporan bangkai pesawat dipercayai MH370 ditemui di selatan Filipina

Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bangkai pesawat di kepulauan di selatan Filipina.


Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu malam, mengesahkan laporan itu diterima dan siasatan akan dijalankan.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sandakan oleh seorang lelaki bernama Jamil Omar pada Jumaat.

Menurut Jalaludin, pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.

"Pengadu mendakwa, ibu saudaranya telah memasuki bangkai pesawat itu dan melihat terdapat banyak rangka manusia dan telah menemui sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Justeru, katanya, Cawangan Khas Polis akan mengambil keterangan daripada pengadu bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun, menegaskan, sama ada maklumat itu benar atau tidak, ia belum dapat dipastikan setakat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pasukan penyiasat Perancis sebelum ini mengesahkan serpihan yang dikenali sebagai 'flaperon' yang dijumpai di pantai Pulau Reunion adalah milik pesawat MH370 yang hilang 8 Mac 2014.


Pesawat malang  itu membawa 239 penumpang dan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum dilaporkan hilang.


Post a Comment

Previous Post Next Post