Perdana Menteri Kacak Kanada ada keturunan ‪Malaysia‬

Kickbola.net
PM baru Kanada ada pertalian keturunan Malaysia
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang baharu sahaja memenangi pilihan raya negara itu pada Isnin lalu dilaporkan mempunyai salasilah kekeluargaan dengan rakyat Malaysia.

Laporan daripada sebuah program televisyen sebelum ini mendedahkan bahawa pemimpin parti liberal itu yang juga anak kepada bekas perdana menteri, Pierre Trudeau turut mempunyai keturunan dari Singapura.

Menerusi siri televisyen Who Do You Think You Are, salasilah Trudeau, 43, yang dikatakan berasal dari Malaysia dikesan melalui ibunya, Margaret Joan Sinclair.

Margaret adalah seorang penulis, pelakon, jurugambar dan aktivis sosial bagi mangsa gangguan bipolar mempunyai hubung kait dengan salah seorang pengasas awal Singapura, William Farquhar.

Ia juga mendedahkan bahawa isteri Farquhar adalah anak perempuan kepada seorang wanita warga Malaysia dan seorang pegawai Perancis.

Picture
Anak perempuan Farquhar, Esther Bernard, kemudian berkahwin dengan Francis James Bernard di Singapura dan menetap di sana sehingga kematiannya pada usia 41.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai nenek Esther, wanita Malaysia.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.