Tahniah buat pasukan Petronas All About Youth (PAAY) SMK Tamparuli kerana menjadi johan peringkat kebangsaan.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli dari Tuaran, Sabah dinobatkan sebagai juara menewaskan lima sekolah dari Johor, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak dalam pertandingan All About Youth peringkat kebangsaan anjuran Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
P
Projek alat keselamatan jambatan Tamparuli - "Awas! Bahaya di Hadapan." telah berjaya mengalahkan 5 buah sekolah di peringkat kebangsaan!!!!!
Pasukan itu membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000 untuk dana pengubahsuaian sekolah manakala setiap ahli pasukan menerima akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000 serta hadiah bernilai RM200, piala dan sijil sumbangan Petronas.
Pemenang diumumkan oleh Ke- tua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof dalam Majlis Makan Malam Gala Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Petronas itu malam tadi.
Pasukan SMK Tamparuli mencuri tumpuan melalui projek yang dikenali sebagai Awas! Bahaya Di Hadapan dengan mewujudkan sistem amaran banjir untuk kemudahan pengguna Jambatan Tamparuli yang berbahaya dan sering dinaiki air semasa hujan lebat.
Finalis lain pada tahun ini ialah SMK Tanjung Datok, Johor; SMK Bukit Baru, Melaka; SMK Padang Midin, Terengganu; SMK Tendong, Kelantan dan SMK St. Teresa, Sarawak.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pemenang telah membuktikan bahawa para pelajar mampu berbakti dengan menjadi lebih peka tentang apa yang diperlukan masyarakat dan menjadi proaktif serta kreatif dalam mencari jalan penyelesaian.
“Program ini merupakan platform kepada pelajar untuk mengembangkan potensi serta kemahiran mereka seiring dengan seruan kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang berpotensi dan produktif serta peka dengan persekitaran sebagai pemimpin negara pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Pengetua SMK Tamparuli, Kusdi Ribut berkata, kemenangan itu sungguh besar maknanya kepada pelajar, sekolah dan masyarakat di Tamparuli yang telah bersungguh-sungguh menggunakan segala kemahiran dan kreativiti yang dipelajari dengan sangat berkesan.
“Saya bersyukur dan ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang telah bertungkus-lumus memberikan dedikasi dalam usaha mengharumkan nama sekolah serta negeri.
“Harapan saya supaya kemenangan ini akan menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih tinggi terutama kepada pelajar SMK Tamparuli dan akan terus mencapai kemenangan pada masa hadapan,” katanya.
Banjir pertama sejak alat keselamatan mereka siap dibina telah berlaku pada 5 Ogos yang lalu. Semua alat keselamatan berfungsi dengan baik.
Alat ini sekaligus telah memberi impak yang besar kepada masyarakat Tamparuli.
Ini merupakan satu kejayaan besar
Projek AWAS! Bahaya Di Hadapan berjalan dengan lancar
👍

Post a Comment