Jurulatih Mount Kinabalu Torq terima pingat kepujian Singapura
Singapura- Seramai 11 orang Jurulatih Mount Kinabalu Torq menerima anugerah pingat Kepujian Singapura atas pengorbanan mereka menjaga rakyat negara berkenaan ketika berlaku gempa bumi 5.6 pada Skala Richter pada 5 Jun lalu.
Pingat tersebut diserahkan oleh Presiden Singapura Tony Tan dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu istiadat di negara itu sempena Hari Kebangsaan republik.Menurut satu kenyataan di sini Jurulatih Torq itu antara 16 individu yang menjaga pelajar Sekolah Rendah.
Tanjong Katong, Singapura di Gunung Kinabalu ketika gempa bumi yang melanda Sabah.
Kerajaan Singapura turut mengakui sikap bertanggungjawab mereka dalam melindungi dan menjaga pelajar-pelajar berkenaan.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment