Thien Nyuk Fun dibebaskan setelah Hampir 6 bulan diculik Abu Sayyaf

Kickbola.net
Setelah hampir 6 bulan diculik Abu Sayyaf, pengurus restoran Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50 dibebaskan. Benard Then, belum bebas
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Thien Nyuk Fun Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Pengurus restoran makanan laut di Sabah Thien Nyuk Fun, yang diculik pada Mei lepas telah dibebaskan, Ketua Menteri Sabah Musa Aman mengesahkan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini mengesahkan pembebasan Thien Nyuk Fun, satu daripada dua suspek yang diculik di restoran makanan laut di Sandakan pada Mei lalu.

Sambil menzahirkan kelegaannya, beliau berkata pembebasan pengurus wanita Restoran Ocean Seafood berusia 50 tahun yang diculik di premis itu, adalah hasil rundingan beberapa bulan serta usaha bersepadu pihak berkuasa daripada pelbagai peringkat.

"Saya berterima kasih kepada mereka (pihak berkuasa) yang bekerja keras untuk membawa pulang Thien.

Salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dibebaskan ketika usaha untuk membebaskan tebusan kedua sedang giat dilakukan. Sudah pasti berita ini sangat menggembirakan seluruh ahli keluarga beliau.

Pengurus restoran makanan laut di Sandakan, Thien Nyuk Fun, 50, kembali ke pangkuan keluarganya pada awal pagi Isnin selepas enam bulan berada dalam tahanan kumpulan tersebut.

Dia dilaporkan berada dalam keadan baik tetapi masih keliru berikutan pengalaman pahit yang dilaluinya. Akhirnya Thien Nyuk Fun Kembali Ke Pangkuan Keluarga.

Sementara itu perunding dari Malaysia dan Filipina yang mewakili keluarga seorang lagi tebusan berusaha untuk menyelesaikan perbincangan dengan kumpulan tersebut bagi membebaskan Bernard Then, 39, dari Sarawak. Thien dan Then diculik dari Restoran Ocean King Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.

Menurut sumber perisikan Filipina, wanita itu yang dilaporkan berada dalam tahanan Komander Abu Sayyaf, Indang Susukan, dibebaskan oleh seorang lagi komander Al Habsy dari kawasan Indanan di Jolo kira-kira pukul 11 malam Ahad. Wanita itu dilaporkan dibawa pulang ke rumahnya selepas perjalanan selama lapan jam ke Sandakan menggunakan bot laju awal pagi Isnin.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post