Insiden Tong Gas meletup, seorang putus kaki di bengkel Jalan Dam, Lahad Datu

Insiden Tong Gas meletup, seorang putus kaki di bengkel Jalan Dam, Lahad Datu.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TONG GAS MELETUP, SEORANG PUTUS KAKI DI LAHAD DATU


Insiden letupan sebuah tong gas Silinder dan gas memasak di salah sebuah bengkel dekat Jalan Dam di Daerah Lahad Datu pada Isnin lalu telah mengakibatkan dua pekerja di bengkel tersebut mengalami kecederaan parah.

Menurut Encik Mohamad Apandi Mahammod, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, sebuah jentera dan unit utiliti bersama 8 orang anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 1.14 petang.

Mangsa yang cedera teruk dimaklumkan masih tidak sedarkan diri dan kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.


Menurut beliau lagi, kejadian tersebut berpunca daripada letupan sebuah gas silinder dan tong gas memasak tetapi tidak mengakibatkan kebakaran di bengkel berkenaan. Kerosakan hanya melibatkan kawasan bengkel terbabit akibat tekanan yang kuat terhasil daripada letupan tersebut.


Berikutan daripada kejadian ini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu berharap agar semua majikan yang menjalankan perniagaan perindustrian wajar lebih mengutamakan keselamatan pekerja agar ianya tidak berulang dan tindakan lebih berat akan dikenakan jika didapati terdapat majikan yang cuai hingga mengakibatkan kehilangan nyawa para pekerjanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.