PETALING JAYA: Seorang penumpang lelaki misteri di dalam pesawat AirAsia AK5194 dari KLIA2 ke Sandakan telah menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama kira-kira dua jam.
Menurut saksi, lelaki itu mula dicurigai apabila dia seringkali berpindah-pindah tempat duduk diatas pesawat terbabit."Saya melihat seorang lelaki duduk di kerusi 4C, kemudian dia berpindah ke 2D apabila penumpang sebenar 4C muncul," kata setiausaha MCA Sabah Datuk Chew Kok Woh yang duduk di kerusi bernombor 4D.
"Kemudian dia berpindah ke kerusi 3C dan perkara yang sama berlaku sekali lagi apabila penumpang sebenar kerusi itu tiba," kata Chew lagi.
Chew kemudian berkata lelaki tersebut kemudian berlalu dan mengambil satu bagasi.
"Kemudian, dia berjalan ke hadapan pesawat, memberitahu pramugari bahawa dia telah kehilangan dompet," kata Chew.
Menurut Chew juga, dia dan penumpang lain yang mulai curiga mengambil tindakan melaporkannya kepada pramugari.
“Saya dan penumpang lain mula berasa curiga dan melaporkannya kepada seorang pramugari," katanya.
Selepas itu, satu pengumuman dibuat supaya kesemua penumpang turun dari kapal terbang dibuat.
"Ketika itulah saya nampak pemilik sebenar bagasi datang untuk mendapatkan semula bagasinya yang telah diambil," katanya.
“Penumpang berdekatan memintanya memeriksa bagasinya itu untuk memastikan tiada barang yang telah hilang,” katanya.
Chew berkata, para penumpang hairan dengan kelakuan lelaki itu yang kemudian lesap dan tidak kelihatan lagi.
"Kami sepatutnya terbang pulang pada tengah hari tetapi kami terpaksa melalui pemeriksaan keselamatan dua kali sebelum menyambung semula penerbangan kami pada pukul 2.15 petang," katanya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment