Vjeran Simunić ketua jurulatih baharu Sabah FA

Jurulatih berasal dari Croatia itu sudah berada di Kota Kinabalu

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Vjeran Simunic ketua jurulatih baharu Sabah

Bekas jurulatih Perak, Vjeran Simunic, 62, diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Sabah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.

Timbalan Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Lawrence Gimbang, berkata jurulatih berasal dari Croatia itu sudah berada di Kota Kinabalu dan akan memulakan tugasnya, Isnin ini.


"Simunic baru tiba semalam dan akan mengendalikan latihan bersama pemain mulai Isnin ini.

Selain itu, dia juga akan menandatangani kontrak bersama SAFA pada hari sama sebelum menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Lawrence berkata, SAFA akan memberi kuasa penuh kepada Simunic untuk memilih pemain import yang akan beraksi bersama skuad Sang Badak, musim depan.


"SAFA tidak akan masuk campur dalam isu pemilihan pemain termasuk pemain import dan kuasa penuh akan diberikan kepada jurulatih yang dilantik.

Sudah pasti, kita memberi tumpuan kepada posisi pertahanan, tengah dan penyerang untuk pemain import musim depan," katanya.


Simunic sebelum ini pernah menjadi jurulatih kelab Brunei, Duli Pengiran Muda Mahkota Football Club (DPMM FC) dan memiliki pengalaman mengendali lebih 30 kelab termasuk Saigon FC di Vietnam.

Sabah sebelum ini dikendalikan Azraai Khor Abdullah yang menggantikan Mike Mulvey, namun jodoh bekas pengendali Kedah itu tidak panjang apabila hanya sebulan bersama pasukan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.