Vjeran Simunic ketua jurulatih baharu Sabah
Bekas jurulatih Perak, Vjeran Simunic, 62, diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Sabah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.
Timbalan Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Lawrence Gimbang, berkata jurulatih berasal dari Croatia itu sudah berada di Kota Kinabalu dan akan memulakan tugasnya, Isnin ini.
Selain itu, dia juga akan menandatangani kontrak bersama SAFA pada hari sama sebelum menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Lawrence berkata, SAFA akan memberi kuasa penuh kepada Simunic untuk memilih pemain import yang akan beraksi bersama skuad Sang Badak, musim depan.
"SAFA tidak akan masuk campur dalam isu pemilihan pemain termasuk pemain import dan kuasa penuh akan diberikan kepada jurulatih yang dilantik.
Sudah pasti, kita memberi tumpuan kepada posisi pertahanan, tengah dan penyerang untuk pemain import musim depan," katanya.
Sabah sebelum ini dikendalikan Azraai Khor Abdullah yang menggantikan Mike Mulvey, namun jodoh bekas pengendali Kedah itu tidak panjang apabila hanya sebulan bersama pasukan.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment