Nahas Kemalangan 5 Maut melibatkan pacuan empat roda - lori kargo di Simpang Beluran

awal pagi tadi.. yg mninggal semua dlm double cap . .tersepit.. 4 dewasa 1 knak2 yg mninggal..: 1km selepas simpang beluran ke telupid (bukit susu) terdapat 01 kemalangan yang melibatkan sebuah double cap n lori.. 5 orang mangsa meninggal on the spot.. 2 orang cedera parah.. 1km selepas simpang Beluran ke Telupid terdapat kemalangan yang melibatkan sebuah double cap n lori.. Dipahamkan ada yang meninggal dan cedera parah.. Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



5 maut, Pacuan Empat Roda dan Lori Kargo bertembung di Beluran

BELURAN: Lima orang meninggal dunia dan empat yang lain cedera parah apabila terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan jenis pacuan empat roda dan sebuah lori kargo.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian yang berlaku berdekatan dengan simpang Beluran menghala ke Telupid itu pada jam 4.55 pagi tadi.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Abdul Majid bin Damang tiba ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer itu pada jam 5.31 pagi dan operasi tamat pada jam 7.21 pagi.

Lima maut manakala empat lagi cedera parah apabila sebuah kenderaan jenis Toyota Vigo bertembung dengan sebuah lori tangki berhampiran simpang Beluran menghala Telupid, Sabah, awal pagi tadi.

Bomba Kota Kinabatangan mengejarkan sepasukan anggota dan jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.55 pagi tadi untuk membantu mangsa.

Lima orang didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat mangsa cedera parah dan dihantar ke hospital berhampiran menggunakan ambulans.

Identiti mangsa masih belum diperolehi dan punca kemalangan masih disiasat.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post