Gempa bumi lemah landa Ranau
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 7.01 malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa berada pada koordinat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu 11 kilometer barat dari Ranau.Kenyataan itu berkata gegaran dapat dirasai di Ranau. - BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment