Rosario Bianis Juara Bintang RTM 2016!

Tahniah buat Sumandak dari Kg Sunsuron Tambunan, Sabah Rosario Ninih Chamini Bianis kerana mengangkat gelaran Juara dan Vokal terbaik Bintang RTM 2016. Syabass!!!
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



ROSARIO!!! JUARA BINTANG RTM 2016 AKHIR


Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, dinobatkan Juara Bintang RTM 2016. Berasal dari Sabah, beliau menewaskan lima lagi peserta lain termasuk berjaya merangkul Vokal terbaik.

Peserta Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul juara Bintang RTM 2016 menewaskan lima peserta lain dalam program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam ini.

Kejayaan itu menyaksikan Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea.

Selain itu, Rosario juga dipilih juri memenangi kategori Vokal Terbaik seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000.

Pada peringkat akhir ini, Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis manakala persembahan duet dengan lagu Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri. Sementara itu tempat kedua dimenangi peserta dari Selangor, Nor Fazrina Mohd Gani atau Eryn, 23.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia. Dia juga turut membawa pulang RM5,000 untuk Persembahan Terbaik.

Tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan pakej pelancongan ke Jakarta, Indonesia dimenangi Nur Shafreeza Zainal Abidin atau Eeza, juga dari Selangor.


Sementara itu hadiah saguhati pula masing-masing dimenangi Idris Zulkifli, 19 (Perak), Muhammad Hafiz Ismail, 23 (Kelantan) dan Muhammad Adib Ibrahim, 24 (Pulau Pinang).


Turut hadir, Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, YBhg. Dato' Abu Bakar Ab Rahim.

Juara BRTM 2016 bakal membawa hadiah wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke Korea dan naib juara pula akan menerima RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.

Manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM10,000 dan pakej percutian ke Jakarta, Indonesia.


Tiga hadiah saguhati turut diberikan iaitu wang tunai RM1,000 setiap seorang dan pakej percutian di Hard Rock Hotel.

Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula akan menerima wang tunai RM5,000.


Semua hadiah wang tunai adalah sumbangan RTM manakala pakej percutian tajaan My Centrio Holidays.


Keputusan Penuh ‪#‎brtm2016‬ ‪#‎IniBaruBintang‬


Juara : Rosario
Naib Juara : Eryn
Tempat Ke-3 : Eeza
Tempat Ke-4 : Hafiz
Tempat Ke-5 : Adib
Tempat Ke-6 : Idris
Persembahan Terbaik : Eryn
Vokal Terbaik : Rosario

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Tahniah RTM kerana berjaya melahirkan produk-produk yang berkualiti. ‪

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tahniah Nini. Aramaiti.. Kita bah ni sinakagon paganakan Gudok love Nurika.. Go go.. Teruskan perjuangan sehingga antarabangsa. God bless cousin.. Amen

    ReplyDelete